Kelas Asas Photoshop (Basic Tools)
05 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas permulaan Photoshop ini diadakan sebagai pengenalan kepada warga muda Felda Sungai Lui untuk berjinak dengan aplikasi yang boleh digunakan untuk memanipulasi gambar.
Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui selama 4 jam bermula dari pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Pelajar didedahkan dengan asas penggunaan Photoshop seperti menghasilkan fail baru, menetapkan resolusi dan dimensi fail serta cara untuk menyimpan dan membuka kembali fail berkenaan.
Sebagai pengenalan kepada asas Photoshop, pelajar diajar cara-cara untuk memasukkan gambar dan mengaplikasikan “layer” untuk mendapatkan hasil dan kesan yang berbeza mengikut kreativiti masing-masing. Antara “Tools” yang diperkenalkan kepada pelajar adalah seperti “Move”, “Gradient” dan “Right Click Transform”. Melalui kelas ini, pelajar dapat mengenali aplikasi Photoshop dan mendapat idea-idea asas untuk mengendalikan aplikasi tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: