Pertandingan Bengkel Scratch

9 December 2018 | Aktiviti Terkini

SABTU – Pada petang Sabtu yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui telah mengadakan Pertandingan Bengkel Scratch bagi para pelajar yang telah mengikuti Bengkel Scratch selama tiga siri. Pertandingan ini bertujuan untuk mengetahui tahap pembelajaran yang telah mereka pelajari sepanjang bengkel tersebut dijalankan.

Di dalam pertandingan ini para pelajar diminta menyediakan satu aktiviti berdasarkan pembelajaran Bengkel Scratch yang lalu. Peserta yang berjaya menghasilkan aktiviti yang telah ditetapkan akan diberikan hadiah penghargaan. Pertandingan ini dijalankan pada pukul 2.00 petang – 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali