Kelas Microsoft Word

29 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

28 Ogos 2020 – Pusat Sungai Lui telah mengadakan Kelas Microsoft Word: Menulis Esei Sains yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Sungai Lui.. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word kerana ianya dapat mendidik dalam asas menggunakan aplikasi ini dan tugas yang dibuat dengan menulis esei Sains.

Ianya akan menarik minat di kalangan pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pengenalan Microsft Word, cara-cara menaip, fungsi-fungsi asas papan kekunci, fungsi-fungsi asas Microsoft Word dan cara memasukkan gambar.Di akhir kelas, peserta diberi taklimat Advokasi Maklumat Palsu dan Scam dan juga permainan KDB “Perasaan” dimana ianya dapat memberikan pengajaran dan cara-cara pencegahan daripada dibuli di alamsiber.

Seramai 2 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali