Kahoot Quiz WebApp
13 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Aplikasi Kahoot telah digunakan sebagai alat untuk E-Learning. Aplikasi Kahoot menerapkan ciri2 keseronokan sambil bermain dan menerapkan nilai daya saing secara sihat sesama pelajar.
Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui selama 4 jam bermula dari pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Direktori diberikan kepada pelajar dan mereka mempunyai akses kepada laman web tersebut menggunakan kata nama dan kata laluan mereka sendiri.
Tenaga pengajar telah mengambil beberapa topik seperti Bahasa Melayu dan Matematik untuk menarik minat pelajar kepada topik2 yang berkenaan. Aplikasi Kahoot merupakan input soalan objektif bersama 4 pilihan jawapan. Apa yang menarik tentang aplikasi Kahoot adalah setiap peserta akan bersaing sesama mereka berdasarkan skor.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: