Menghasilkan Jadual Menggunakan Publisher
12 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas menghasilkan jadual menggunakan Publisher ini diadakan sebagai pengenalan kepada warga muda Felda Sungai Lui untuk berjinak dengan salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk mengedit dan menghasilkan jadual.
Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui selama 4 jam bermula dari pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Pelajar didedahkan dengan asas penggunaan Publisher seperti menghasilkan fail baru, menghasilkan lajur dan baris , mengisi ruang yang telah dihasilkan serta cara untuk menyimpan dan membuka kembali fail berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: