Advokasi Bukit Beruang
21 April 2018 | Aktiviti Terkini
SABTU - Majlis perasmian Bukit Beruang sebagai destinasi pelancongan rekreasi Daerah Jempol telah dijalankan dan dirasmikan oleh YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz ,Tunku Besar Seri Menanti. Program ini bekerjasama dengan agensi kerajaan dan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa perasmian ini dilakukan.
Program ini berlangsung selama 5 jam bermula pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dan berlangsung di Hutan Lipur Serting Ulu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: