Sukaneka Serting Tengah
22 April 2018 | Aktiviti Terkini
AHAD - Majlis sukaneka ini dirasmikan oleh YB Dato' HJ Shamsul Kahar Bin HJ Mohd Del. Tujuan sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan rakyat serta membentuk sikap dan amalan positif di kalangan rakyat dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Program ini bekerjasama dengan agensi kerajaan dan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program ini dilakukan.
Sukaneka ini berlangsung selama 5 jam bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang dan berlangsung di Padang Rumah Rakyat Serting TengahBerikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: