Advokasi Klik Dengan Bijak Membanteras Maklumat Palsu Di Media Sosial
10 November 2021 | Aktiviti Terkini09 November 2021 - Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui telah mengikuti Jemputan Program Klik Dengan Bijak yang bertajuk “Membanteras Maklumat Palsu di Media Sosial” melalui pautan Zoom yang disiarkan secara langsung oleh Moderator Ts Md Tahir Musa dan Panel Jemputan MCMC iaitu Pn Hanisah Hashim.
6 langkah elak sebar berita atau maklumat palsu di media sosial : -
1. Jangan mudah percaya dengan email, mesej dan maklumat yang diterima
2. Sentiasa periksa kesahihan email , mesej dan maklumat yang diterima
3. Pastikan email, messed dan maklumat yang diperoleh adalah daripada sumber yang sahih.
4. Siasat latar belakang pengirim email , mesej dan maklumat atau penyebar maklumat
5. Ingat ! bukan semua maklumat di Internet dan laman social itu benar
6. Jika tidak pasti , jangan kongsi. Semak di sebenarnya.my
Program berlansung selama 1 jam bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Seramai dua orang warga komuniti yang turut menyertai program ini yang semuanya adalah perempuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: