Program Majlis Pelancaran Pusat Digital (PEDI)
22 November 2021 | Aktiviti Terkini21 November 2021 - Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui telah mengikuti Jemputan ke Program Majlis Pelancaran Pusat Digital (PEDI) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’Sri Ismail Sabri bin Yaakob secara langsung di TV1 RTM dan Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), RTM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Antara objektif utama Pusat Ekonomi Digita Malaysia ialah melahirkan dan memperkasakan usahawan kecil ke arah sistem pendigitalan dalam struktur ekonomi yang mampan untuk menerokai pasaran dunia.
Tiga orang sahaja terlibat dalam program ini semuanya adalah perempuan dan dua antaranya adalah petugas Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui sendiri. Program berlansung selama 1 jam bermula pada jam 09.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: