Program Malaysia ICT Volunteer (MIV0 2)

28 November 2021 | Aktiviti Terkini

27 November 2021 - Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengikuti Jemputan ke Program Malaysia ICT Volunteer (MIVO 2) yang diadakan secara langsung melalui pautan Zoom Meeting yang dihoskan oleh Puan Hashimah Hashim yang merupakan Ketua Jabatan Penglibatan Komunikasi (MCMC).

Sukarelawan Malaysia ICT (MIV) merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia untuk menjadi warga digital menuju ke arah negara digital (Digital Nation).

Antara peranan MIV merupakan platform Sukarelawan ICT sebagai sumber yang membantu komuniti di kawasan – kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti.

Empat orang sahaja terlibat dalam program ini semuanya adalah perempuan dan dua antaranya adalah petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui sendiri. Program berlansung selama 4 jam bermula pada jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali