Webinar Maxis EKelas Usahawan
5 September 2021 | Aktiviti Terkini04 September 2021 - Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui telah mengikuti Maxis eKelas Usahawan secara LIVE online melalui pautan Zoom Webinar.
- Program Maxis eKelas yang dipengerusikan dan dibentangkan oleh Tuan Aizuar Zainuddin yang merupakan Trainer Pemasaran Digital Pembangunan Usahawan.
- Maxis eKelas adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan teknik pemasaran kepada usahawan dalam menjana pendapatan melalui zaman era globalisasi dunia tanpa sempadan “Online Marketing”
- Terdapat Empat Modul yang dibentang sepanjang kelas berlangsung iaitu :
1. Modul 1 : Strategi Pemasaran Digital
2. Modul 2 : Fotografi dan Penyuntingan Gambar
3. Modul 3 : Copywriting
4. Modul 4 : Perancangan Kempen dan Iklan
Enam orang komuniti sahaja terlibat, dua daripadanya adalah petugas Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui dan kesemuanya adalah perempuan. Program berlansung selama 2 jam bermula pada jam 03.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: