Advokasi Penipuan Kewangan
20 April 2022 | Aktiviti Terkini19 April 2022 – Pusat Ekonomi Digital Felda Sg Lui telah mengikuti advokasi kepada warga komuniti yang bertajuk Penipuan Kewangan melalui pautan Google Meet selama 1 jam sahaja yang bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi yang melibatkan seramai 2 warga komuniti dan staff PEDi Felda Sg Lui sendiri.
Penipuan kewangan merupakan satu bentuk penipuan yang melibatkan aliran keluar masuk tunai sama ada secara dalam talian atau luar talian.
Kini, penipuan kewangan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘scam’ telah menjadi trend yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Cara mengelakkan penipuan kewangan : -
- Bertindak rasional dengan ajakan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat.
- Skeptikal dengan modus operandi perniagaan yang tidak jelas.
- Mengambil berat dan cakna dengan isu semasa berkaitan aktiviti tidak beretika seperti ini.
- Jangan membayar pendahuluan untuk janji
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: