Program Teatalk@3 Protecting Your Personal Information & Data: Challenges And Direction

18 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

17 March 2022 – Pusat Ekonomi Digital Felda Sg Lui telah mengikuti jemputan untuk Program Teatalk@3: Protecting Your Personal Information & Data Challenges And Directions yang disampaikan oleh Encik Mazmalek bin Mohamad yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Penekanan diberikan kepada orang ramai khususnya kepada warga selaras dengan perkembangan semasa dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang merentasi batas sempadan. Pelbagai mekanisme telah diambil oleh pihak berkuasa khususnya dari segi perundangan dan polisi bagi memastikan maklumat peribadi pengguna dilindungi serta keselamatannya terjamin.

Penggunaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) adalah tindakan proaktif yang diambil oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKOM) bagi memastikan data peribadi rakyat tidak disalah guna oleh pihak yang mengumpul atau memproses data peribadi untuk tujuan komersial.

Program berlangsung secara online melalui pautan Zoom Meeting selama 1 jam yang bermula pada pukul 03.00 petang dan berakhir pada jam 04.00 petang yang melibatkan seramai lebih 155 kehadiran termasuk 2 warga komuniti dan staff PEDi Felda Sg Lui sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali