Advokasi Buli Siber

18 September 2022 | Aktiviti Terkini

17 September 2022 - Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan Advokasi Buli Siber yang melibatkan pelajar – pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Lui (SKSL). Penggunaan internet kini semakin meluas serta memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan manusia. Ia kini menjadi medium paling penting bagi seseorang mendapatkan pelbagai maklumat serta berhubung dengan dunia luar kerana semuanya berada di hujung jari.

Orang ramai juga kini boleh berkomunikasi melalui pelbagai platform di media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram serta Twitter. Masyarakat boleh memperoleh pelbagai maklumat dengan pantas, namun terdapat sesetengah daripada mereka sering menyalahgunakan kemudahan tersebut. Penyalahgunaan internet memberi kesan negatif kepada penggunanya termasuk apa yang digelar jenayah buli siber. Program berlansung selama 1 jam bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali