Bengkel Penggunaan Advanced Integrated Nilam Systems (AINS)

25 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

24 Oktober 2024 – NADI Felda Sungai Lui telah mengadakan Bengkel Penggunaan Advanced Integrated Nilam Systems (AINS) yang merupakan Program Kolaborasi bersama Sekolah Kebangsaan Sungai lui (SKSL) bersama Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu (PPD). Pengenalan AINS NILAM sistem ini merupakan aplikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual iaitu NILAM yang telah digunakan sejak tahun 1999.

Ini bermaksud, AINS akan menggantikan NILAM untuk merekod bahan bacaan secara digital melalui Advance Integrated Nilam System. Rekod dapat dipantau oleh PPD/JPN/KPM dari peringkat bilik darjah hingga Kebangsaan.

Melalui AINS, pihak ibu bapa, guru, pentadbir pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM dapat memantau status dan tahap pencapaian NILAM murid pada peringkat bilik darjah, aliran, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui dashboard yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali