Bengkel Maxis E-Kelas Usahawan : Pemasaran Digital
27 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini26 Oktober 2024 – NADI Felda Sungai Lui telah mengadakan Program Kolaborasi iaitu Bengkel MAXIS E-Kelas Usahawan : Pemasaran Digital. Bengkel ini telah membantu usahawan bagi memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang fungsi dan petua pemasaran melalui platform dalam talian. Matlamat yang ditetapkan semasa program juga mengajar dan mendorong usahawan untuk memantau prestasi dengan berkesan dari semasa ke semasa.Pengajaran dan pembelajaran melalui bengkel eKelas sangat mudah difahami. Ia juga relevan dengan situasi semasa kita yang menggalakkan pendigitalan.
Bengkel eKelas Usahawan yang diadakan secara bersemuka melibatkan seramai 80 orang usahawan tempatan yang bertempat di NADI Kampung Lonek bermula pada jam 09 pagi sehingga 2.00 petang.
Pengurusan program juga yang melibatkan petugas dari NADI Felda Sungai Lui, NADI Felda Pasoh 2, NADI Felda Pasoh 3, NADI Kampung Serting Ulu, NADI Kampung Serting Tengah, NADI Kampung Bayai, NADI Felda Raja Alias 2, NADI Kampung Kuala Jempol, NADI Felda Serting Hilir, NADI Kampung Lonek , NADI Jemapoh , NADI Senaling dan juga NADI Felda Lui Selatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: