Kelas UPSR Online (Bahasa Melayu) Tahun 5

14 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

13 Disember 2020 – Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui telah menjalankan kelas UPSR Online (Bahasa Melayu) untuk para pelajar tahun 5. Kelas ini dijalankan di dalam bilik latihan Pusat Ekonomi Digital .

Kelas ini dijalankan untuk menilai tahap pembelajaran para pelajar di dalam pelajaran Bahasa Melayu dengan latihan-latihan UPSR yang telah disediakan oleh tenaga pengajar secara atas talian. Kelas ini dihadiri oleh 3 orang para pelajar dan berlangsung selama 1 jam bermula pukul 10.00 pagi – 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali