Rekreasi Dan Pelancongan
Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua
Tugu Peringatan Sg. Lui merupakan sebuah monumen sejarah yang dibina pada tahun 2000. Tugu ini terletak di mukim serting Ulu, daerah Jempol, Negeri Sembilan. Tugu ini terletak 21 Km daripada Felda Lui Selatan. Tugu ini dibina sebagai memperingati 399 orang Cina yang dibunuh kejam padazaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1941, tentera Jepun telah melancarkan serangan ke Asia Tenggara dan membunuh orang-orang yang tidak berdosa terutama kaum Cina. Sebahagian kaum Cina melarikan diri di kawasa pedalaman Sg. Lui untuk menyelamatkan diri. Malangnya tentera Jepun telah melancarkan sekatan di jalan-jalan utama serta membunuh kaum cina tanpa mengira usia samada bayi atau dewasa. Seramai 399 orang ditanam dalam satu lubang oleh Tentera Jepun. Tugu ini merupakan salah satu sejarah yang sangat berguna untuk diteladani.
Rumah Warisan Felda Sg Lui
Rumah Warisan Felda Sg Lui mengabadikan warisan zaman awal peneroka yang gigih mengharungi pelbagai cabaran untuk menyahut cabaran kerajaan kepada golongan miskin luar bandar supaya membina penghidupan baharu. Rumah ini dibina bersebelahan dengan dewan serbaguna Felda Sg Lui.
Gelanggang Futsal
Terdapat juga gelanggang futsal yang beroperasi secara percuma.
Padang Bola Sepak
Padang bola sepak bagi mereka yang meminati sukan tersebut.
Taman Rekreasi
Bagi anak-anak penduduk Felda Sg Lui, terdapat taman rekreasi untuk mereka bermain.