Program Warga Desa Berselawat Sempena Maulidur Rasul 1443H Anjuran MPKK Felda Sungai Lui

14 November 2021 | Aktiviti Terkini

13 November 2021 - Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui telah mengikuti Jemputan dan Kolaborasi ke Program Warga Desa Berselawat Sempena Maulidur Rasul 1443H anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Sungai Lui yang diadakan di Balairaya Felda Sungai Lui.

Antara objektif Program Warga Desa Berselawat ialah : -
1. Memantapkan keyakinan terhadap Rasullullah S.A.W
2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah S.A.W
3. Menghayati sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam konsep beribadah , mentaati Allah S.W.T , tinggi akhlak dan budi pekerti , dan kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah

Program berlansung selama 3 jam 30 minit bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Seramai lima puluh orang warga komuniti yang turut menyertai program ini yang terdiri daripada masyarakat orang asli felda sungai lui dan selebihnya warga komuniti felda sungai lui.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali