Sesi Taklimat SKIM Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Bagi Usahawan Sekitar Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

13 Disember 2021 - Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengikuti Jemputan MCMC Ke Sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Bagi Usahawan Sekitar Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang diadakan secara atas talian

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan SPPP kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa termasuk mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang inisiatif ini.

Enam orang warga komuniti terlibat dalam program yang berlansung selama 1 jam 30 miniti yang bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali