Kelas Permohonan Panduan Kerjaya GIG Program Penjaya Kerjaya

17 November 2021 | Aktiviti Terkini

16 November 2021 - Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui telah mengadakan kelas membantu warga komuniti dalam mengisi Permohonan Panduan Kerjaya GIG_ Program Penjana Kerjaya yang mana terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid19.

Program Kerjaya GIG adalah perluasan skop insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya3.0 kepada individu yang mengganggur lebih daripada 180 hari , individu yang kehilangan pekerjaan dari golongan rentan yang terlibat dalam peluang pekerjaan jangka pendek ataupun pekerjaan GIG sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa.

Kelas berlansung selama 1 jam bermula pada jam 03.00 petang dan berakhir pada jam 04.00 petang. Seorang sahaja warga komuniti yang turut menyertai kelas ini antaranya lelaki.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali