Advokasi SKIM Pendaftaran Perniagaan Prihatin

28 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

27 Oktober 2021 - Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui telah mengikuti Jemputan MCMC Negeri Sembilan Ke Program Advokasi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin Pendaftaran Perniagaan secara percuma kepada golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. Program dijalankan secara langsung melalui wawancara Radio RTM Negeri FM 92.6 di Segmen Segar Pagi Negeri FM yang disampaikan oleh Encik Thanak Prak Hin yang merupakan Pengarah Negeri Pejabat SSM Negeri Sembilan.

Tiga komuniti sahaja terlibat dalam program ini yang terdiri daripada perempuan dan dua antaranya adalah petugas Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui sendiri. Program berlansung selama 1 jam bermula pada jam 09.20 pagi dan berakhir pada jam 10.20 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali