Program Sembang Kampung @ KPLB Siri 5/2021 Masyarakat Orang Asli, Komuniti Anak Negeri Sabah Dan Natives Of Sarawak Yang Maju

27 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

26 Oktober 2021 - Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui telah mengikuti Jemputan Ke Program Sembang Kampung @ KPLB Siri 5/2021 anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertajuk : Masyarakat Orang Asli, Komuniti Anak Negeri Sabah & Natives of Sarawak Yang Maju : Teras Pembangunan Wilayah. Program Sembang Kampung @ KPLB disiarkan secara langsung di Facebook LIVE @ https://www.facebook.com/institutkemajuandesa/ : dan aplikasi atas talian (CISCO WEBEX) oleh penceramah hebat Dato Dr Madeline Berma : Professor Kehormat UNIMAS.

Tiga komuniti sahaja terlibat dalam program ini yang terdiri daripada perempuan dan dua antaranya adalah petugas Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui sendiri. Program berlansung selama 2 jam bermula pada jam 02.30 petang dan berakhir pada jam 04.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali