Advokasi KafeTEEN @ PIK “Do You Speak English”

17 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

16 Oktober 2021 - Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui telah mengikuti Jemputan Ke Program Advokasi KafeTEEN @ PIK dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) yang bertajuk : Do You Speak English. Program Advokasi KafeTEEN @ PIK yang disiarkan secara langsung di LIVE Zoom Meeting merupakan kolaborasi antara Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kota Pekan dan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Raja Alias 1. Lima komuniti sahaja terlibat dalam program ini yang terdiri daripada 5 Perempuan dan dua antaranya adalah petugas Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui sendiri. Program berlansung selama 1 jam bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali