Sejam Setengah Bersama Pakar STEM Kerjaya Dalam STEM

24 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

23 Oktober 2021 - Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Sungai Lui telah mengikuti kelas secara langsung LIVE Sejam Setengah bersama Pakar STEM Kerjaya Dalam STEM: yang dipengerusikan oleh Cikgu Rodzmier abg Azid dan Kak Cass sesi bersama Maxis dan seterusnya sesi kedua bersama Lenovo iaitu Puan Maslina. Sesi pertama sejam bersama Pakar STEM yang bertajuk Kerjaya dalam STEM adalah pendedahan awal mengapa perlu Kerjaya dalam STEM yang melibatkan (AI – Artificial Intelligence). Tips untuk Berjaya adalah cuba untuk berfikir satu langkah ke hadapan.

Berfikir dan merancang apa strategi dan langkah seterusnya jangan takut untuk mencuba explore untuk mendapatkan lebih info dan pengetahuan. Sesi Kedua adalah sesi bersama Lenovo merupakan pakar IT selama lebih 20 tahun yang mana keperluan asas IT sentiasa berubah dari masa ke semasa perubahan informasi dan penggunaan peranti Lenovo untuk itu. Empat orang sahaja terlibat dalam kelas ini yang terdiri daripada1 Lelaki dan 3 perempuan. Kelas berlansung selama 1 jam 30 minit bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tenghari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali