Program Penerapan Nilai Islam_Ibrah Peristiwa Israk Dan Mikraj

9 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

08 March 2022 – Pusat Ekonomi Digital Felda Sg Lui telah mengikuti jemputan untuk Program Penerapan Nilai Islam Ibrah Peristiwa Israk dan Mikraj anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang disampaikan oleh Penceramah Ustaz Don Daniyal.

Penekanan diberikan kepada orang ramai khususnya kepada warga komuniti bagaimana peristiwa Israk dan Mikraj memberi kesan yang mendalam terhadap umat islam terutamanya kini bulan Syaaban dan umat islam bakal menyambut kedatangan puasa pada bulan Ramadhan nanti.

Program berlangsung secara online melalui pautan Zoom Meeting selama 2 jam bermula pada pukul 09.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi yang melibatkan seramai lebih 166 kehadiran termasuk 2 warga komuniti dan staff PEDi Felda Sg Lui sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali