MIVO3: Sukarelawan Untuk Semua 2022

11 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

11 Jun 2022 - Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengikuti Jemputan ke Program Mivo3: Sukarelawan Untuk Semua 2022 yang diadakan secara langsung melalui pautan Zoom Meeting yang dihoskan oleh Puan Hashimah Hashim yang merupakan Ketua Jabatan Penglibatan Komunikasi (MCMC).

Sukarelawan Malaysia ICT (MIV) merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia untuk menjadi warga digital menuju ke arah negara digital (Digital Nation).

Antara peranan MIV merupakan platform Sukarelawan ICT sebagai sumber yang membantu komuniti di kawasan – kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti.

Program berlansung selama 4 jam bermula pada jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali