Kelas Pendaftaran Akaun Shopee Seller_Sesi 1

12 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

11 Mei 2022 – Pusat Ekonomi Digital Felda Sg Lui telah mengadakan Kelas Pendaftaran Shopee khas untuk akaun Shopee Seller khusus bagi usahawan yang menjalankan perniagaan secara online.

Jualan secara online kini sudah menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil – kecilan. Antaranya ialah Shopee yang merupakan platform e-dagang terbesar di Malaysia.

Staff PEDi Felda Sg Lui memberikan penerangan dan tunjuk ajar kepada komuniti tentang cara setting bagaimana untuk membuka akaun Shopee Seller seterusnya cara mempromosikan produk menggunakan platform e-dagang.

Kelas berlangsung selama 1 jam yang bermula pada jam 03.00 petang dan berakhir pada 04.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali