Advokasi Kawal Selia Kendiri

19 April 2022 | Aktiviti Terkini

18 April 2022 – Pusat Ekonomi Digital Felda Sg Lui telah mengikuti advokasi kepada warga komuniti yang bertajuk Kawal Selia Kendiri melalui pautan Google Meet selama 1 jam sahaja yang bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari yang melibatkan seramai 2 warga komuniti dan staff PEDi Felda Sg Lui sendiri.

Kawalan kendiri atau self-control ialah satu kemampuan untuk mengawal diri daripada melakukan sebarang perkara demi sesuatu kebaikan atau peraturan yang harus ditetapkan atau diterapkan dalam diri sendiri.

Maklumat di hujung jari demikianlah kegunaan Internet bagi kebanyakan kita. Pelbagai bentuk maklumat boleh didapati apabila kita mempunyai capaian terhadap "World Wide Web (www)" dan walaupun kebanyakan kita sedar bahawa bukan semua maklumat ini tepat dan benar, namun ada juga pihak yang begitu taksub dan mempercayainya seratus peratus.

Lebih malang lagi ialah apabila ada pihak yang menggunakan Internet bagi menyebarkan khabar angin, maklumat tidak benar, fitnah dan sebagainya, yang boleh memberi kesan buruk terhadap orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali