Webinar Jana’Preneur Siri 1 Kepada PEDi Staff & Usahawan

7 April 2022 | Aktiviti Terkini

06 April 2022 – Pusat Ekonomi Digital Felda Sg Lui telah mengikuti jemputan untuk mengikuti Webinar Jana’Preneur Siri 1 kepada PEDi Staff dan Usahawan secara online melalui pautan Zoom Meeting oleh Moderator Encik Ashyraf dari HRDCorp.

Seramai 142 yang turut menghadiri sesi Webinar yang melibatkan tenaga pekerja dan Rakan Digital dari PEDi seluruh Negara yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi.

Sesi Webinar ini bertujuan sebagai langkah awal untuk para usahawan untuk lebih mengenali cara pendaftaran , kelebihan dan apa promosi yang pihak Jana’Preneur tawarkan kepada usahawan untuk mempromosikan produk mereka di platform Jana’Preneur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali