Program Klik Dengan Bijak_Peranan Inisiatif KDB Dalam Memperkasa Komuniti Terhubung

15 November 2022 | Aktiviti Terkini

14 November 2022 – Pusat Ekonomi Digital Felda Sg Lui telah mengikuti jemputan untuk Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk Peranan Inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) Dalam Memperkasa Komuniti Terhubung yang disampaikan oleh Moderator Pn Saidatul Ashikin daripada MCMC dan melibatkan tiga ahli panel antaranya Pn Hashimah Hashim daripada pihak MCMC, Dr Mohd Roslan Rosnon dan Profesor Sarjit Singh dari Universiti Putra Malaysia.

Program berlangsung secara online melalui pautan Zoom Meeting selama 1 jam yang bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi yang melibatkan seramai lebih 300 kehadiran termasuk 2 warga komuniti dan staff PEDi Felda Sg Lui sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali