Kuasai Articfial Intelligence Tingkatkan Produktiviti dan Cipta Peluang Baru Jana Pendapatan

11 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

10 Jun 2023 - Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengikuti jemputan kelas online yang bertajuk Kuasai Articfial Intelligence Tingkatkan Produktiviti dan Cipta Peluang Baru Jana Pendapatan dalam menguasai keajaiban ChatGPT dan aplikasi A.I yang lain bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Sesi pembelajaran melibatkan model A.I yang terkini yang banyak membantu serta mengubah professional mahupun orang ramai, meningkatkan minda kreatif serta cara bisnes dimajukan dan menerokai kemampuan gabungan beberapa A.I bagi membentuk kombinasi mantap yang mampu membantu pekerja, usahawan, peniaga, professional menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali