Program Mini Hari Bersama Komuniti (HBK) & Kesedaran Kitar E - Waste

25 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

24 Februari 2023 - Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan Program Mini Hari Bersama Komuniti (HBK) & Kesedaran KITAR E- Waste. Taklimat disampaikan oleh speaker daripada pihak Maxis Kuala Lumpur City Centre iaitu Puan Siti Bersama Puan Noorly Iza tentang kepentingan KITAR E- Waste yang mana umum tidak mengetahui tentang cara dan bagaimana proses E-KITAR E-Waste yang melibatkan gadjet yang mana boleh mendatangkan kesan terhadap kesihatan manusia.

Oleh itu , KITAR semula E-Waste adalah merupakan kaedah terbaik bagi memastikan pengurusan , pengendalian E- Waste dilaksanakan secara mesra alam atau environmentally sound management. Laksanakan tanggungjawab anda dengan menghantar E- Waste ke pusat pengumpuan yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Program bermula pada jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari yang melibatkan seramai lebih 80 orang komuniti felda sungai lui dan tetamu jemputan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali