Advokasi Penipuan Dalam Talian

8 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

07 Julai 2023 - Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan sesi Advokasi yang bertajuk Penipuan Dalam Talian. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja laporan berita tidak kira daripada agensi media mana sekalipun melaporkan isu mengenai penipuan dalam talian. Bermacam – macam kes penipuan penipuan dalam talian yang bertimbun dilaporkan antaranya Macau Scam, penipuan pinjaman, pelaburan, Love Scam dan seumpamanya.

Oleh itu, sebagai perkongsian info sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan yang meminta untuk memindahkan wang dan seumpamanya, silalah buat semakan pengesahan melalui laman sesawang ccid.rmp.gov.my/semakmule atau membuat turun aplikasi SEMAK MULE CCID. Program bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang yang melibatkan seramai 10 orang asli daripada komuniti felda sungai lui sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali