Advokasi Penipuan Dalam Talian

17 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

16 Ogos 2023 - Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan sesi Advokasi yang bertajuk Penipuan Dalam Talian. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja laporan berita tidak kira daripada agensi media mana sekalipun melaporkan isu mengenai penipuan dalam talian. Bermacam – macam kes penipuan penipuan dalam talian yang bertimbun dilaporkan antaranya Macau Scam, penipuan pinjaman, pelaburan, Love Scam dan seumpamanya.

Oleh itu, sebagai perkongsian info sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan yang meminta untuk memindahkan wang dan seumpamanya, silalah buat semakan pengesahan melalui laman sesawang ccid.rmp.gov.myatau membuat turun aplikasi SEMAK MULE CCID. Program bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali