Advokasi Buli Siber

7 April 2024 | Aktiviti Terkini

06 April 2024 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Sg Lui telah mengadakan advokasi kepada komuniti setempat tentang kesedaran Buli Siber yang merupakan satu amalan komunikasi melalui teknologi yang bertujuan untuk mengecam, mengganggu, memalukan atau mengugut mangsa melalui perkataan yang negatif, penyebaran maklumat palsu mahupun perkongsian gambar atau video yang boleh menjatuhkan imej si mangsa. Buli siber merupakan satu masalah global yang memberi kesan negatif, terutamanya dalam kalangan remaja yang merupakan pengguna media sosial utama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali