Program Cashless Society (MCMC x FELDA) x Program Jiwa Komuniti MADANI (Jabatan Penerangan Jelebu)

8 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

07 Jun 2024 - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Sungai Lui telah mengadakan Program Cashless Society kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) , FELDA dan penyedia perkhidmatan kewangan yang bertujuan membudayakan pembayatan tanpa tunai dalam kalangan masyarakat luar bandar menerusi pameran dan aktiviti.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , Tabung Haji , PERKESO , pertandingan mewarna , pameran agensi serta pelbagai jualan menggunakan pembayaran tanpa tunai.

Dalam masa yang sama juga , Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Sungai Lui telah menerima kunjungan daripada Jabatan Penerangan Jelebu (JAPEN) turut serta bagi mempromosikan Apa itu NADI dan kepentingan NADI kepada masyarakat khususnya dengan membuat hebahan menerusi FB Live semasa program berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali